Wednesday, December 22, 2010

KATA PENGANTAR......


Bacalah Dengan Nama Tuhanmu.... =)

assalamualaikum dan salam sejahtera . terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untu melihat blog ini. blog ini akan dikemaskini untuk memberi maklumat-maklumat terkini kepada anda semua . jika ada sebarang cadangan untuk penambahan amat la dialu-alukan.tak lupa juga saya kami mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru dan diharap anda semua dapat menyesuaikan diri anda.

APA ITU JPPI ?


JPPI

Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam, Politeknik Seberang Perai (RPI)merupakan sebuah pertubuhan yang menjadi medium bagi pelajaryang beragama Islam meluangkan masa dan tenaga membantudalam menyampaikan mesej dakwah pada golongan remajaIanyatelah ditubuhkan pada Julai 2000 dengan dikenali sebagai RakanPusat Islam(RPI) pada mulanya dan telah bertukar nama padajanuari yang lalu kepada JPPI, ia merupakan pemudahcara dalammembantu sesuatu aktiviti Pusat Islam dengan kreatif serta inovatif

OBJEKTIF PENUBUHAN JPPI




-    Melatih saff kepimpinan yang berketrampilan dan berwawasan

•    Membentuk keperibadian yang murni di kalangan ahli 
     mengikut acuan islam.

•    Memperkenalkan model “Qudwah Hasanah” kepada 
     mahasiswa

•    Menjana mahasiswa yang dapat menjiwai ilmu serta 
     kepentingan mempraktikkannya sebagai cara
     meningkatkan thaqonah dan kerohanian.

•    Menyuntik kesedaran dakwah untuk kemaslahatan diri
     dan ummah.

-    Memupuk nilai ukhwah islamiyah dan semangat kerjasama

SALAM UKHUWAH....(^.^)


ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T.H

apa kabo semua??? hrp2 chat...kalo tak sihat pergi la jumpa doctor ya. mintak ijin nak bagi tazkirh...foward msg pun...Allah kata: berilah peringatan..sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bg org yg beriman...make sure...anggaplah ni bru pertama kali baca...please...
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. harap2 antum suma dpt amal...kalo ada tetamu...layanlah dia bgai seorang yg sgt istimewa..peace

ballighu a'nni walau ayah...samapaikan daripadaku walau sepotong ayat : foward msg...walaupun kamu sudah baca 100x sblm ni...anggaplah msg kali ini baru pertama kali kamu baca dan cubalah beramal dgnnya....LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.

foward msg...baca dulu...baru nk padam, padam, kalo dah tau...anggaplah ini pertama kali dengar..
Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut :

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu bertujuan membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

TAZKIRAH....


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

“Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah

kenangan terindah....

imam muda

imam muda

khursus khutbah

khursus khutbah

kem pemantapan ibadah

kem pemantapan ibadah

lawatan ke KL

lawatan ke KL

malam jamuan

malam jamuan

kem bina sahsiah

kem bina sahsiah